Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan Op Raya Bomba dan Op Selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 27 April ini.<br /><br />Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia menekankan tiga aspek utama termasuk keselamatan kebakaran di bangunan, komersial dan kediaman, kerjasama dengan agensi lain dan keselamatan di air.